Selamat Tinggal 2019 Selamat Datang 2020!


Sekarang 11:25. Setengah jam lagi bakal ke tahun baru. Tepat jam 12 kita semua kena melangkah untuk melewati pintu gerbang tahun yang dinamakan Dua Puluh Dua Puluh!

Beberapa hari lalu saya ada memikirkan apa yang patut di kongsi sempena tahun baru. Tadi sempat berbual dengan pasangan di ruang tamu, " You,  I need to update the blog for new year. So that visitors won't be dissapointed once drop by."

Pasangan angguk kecil. Tanda mengerti. Tidak syak lagi.

Cara Bercinta Dari Tarikh Kelahiran - Tarikh:25 hari bulan. Anda meletakkan kekasih anda sebagai keutamaan tinggi dalam hidup anda. Anda menghargai cinta melebihi dari diri anda sendiri. Cinta anda sangat agung dan ada kemungkinan anda berkahwin awal.

(Buku yang dah lama saya beli.)

Belek lagi. Mencari pula ... Cara Bercinta Mengikut Bulan Kelahiran.

Mei (Lelaki) : Pemurah, setia dan berdedikasi. Sangat menyayangi rumah tangga walau pun sibuk di luar rumah.  Berusaha memberikan yang terbaik untum pasangan / anak-anak. Mahu bercinta atau berkahwin dengan wanita yang punyai status kewangan yang lebih tinggi dan cantik.

Buku: Cinta Jodoh Dan Perkahwinan (kaedah kajian potensi dinamik)  oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury



Baru tadi saya cari semula satu buku feveret dalam dua kotak besar. Ada rupanya. Dulu saya memang suka bahan bacaan macam ini. Sebelum kahwin dikaji semua orang oleh saya. Haha.

Berbalik cerita asal. Tak lama lagi ada 15 minit nak hampiri detik 12 malam. Anak dan pasangan sudah lena sebab penat bermain dan gigih bekerja. Tinggal saya ralit sudahkan entri khas sempena tahun baru. Hurry up!

Throw back...

Ada apa berlaku dalam tahun ini dan di saat akhir nak masuk tahun baru?

Terbaru petang tadi selamat sampai ke tangan amatur, buku terbaru masih panas lagi 'Maaf Cakap 4' berjudul Tidak Salah Memberi Maaf. Rasa terkesan dengan ucapan dedikasi penulis di muka surat pertama. Pesanan dari jauh. Macam kena anak panah. Tepat ke minda. Terima kasih atas pesanan yang padu.

(Masa makin berlalu)

Masa cemburukan kita saat ini kerana tak lama lagi kita bakal melangkah ke destinasi baru.

Pada saat anda baca ini kita sudah pun melangkah ke dunia baru...tahun baru... 2020!

Saya doakan anda yang baca di sini mendapatkan apa yang dimahukan. Dan tolong doakan saya juga agar mampu menggapai dan membawa turun sebutir bintang kejayaan sempena tahun yang penuh aura baru.

"SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BARU"
.
.
.
Realitikan Impian,
Madam B

Post a Comment

0 Comments