World Of Ghostwriting: Bagaimana Menjadi Penulis Upahan Dan Tawarkan Perkhidmatan Anda Dalam Dunia Penulisan


Assalamualaikum. Hai penulis prolifik dan helo pembaca budiman!!!

Kali ini kita selami apakah tugasan Ghostwriter GW atau Penulis upahan PU yang selalu disebut-sebut oleh mereka yang pernah mendapatkan khidmat mereka. Popular juga kerjaya sebagai Ghostwriter di Malaysia. Jangan tak tahu!


Ghostwriter tiada kaitan dengan hantu. Bukan pemburu hantu. Juga bukan penulis yang menulis kisah hantu.

Tidak sama sekali!

[ Baca Terus 17 Ghostwriter Buat Duit 5 Angka]

Ghostwriter adalah Penulis Upahan umumnya seorang penulis. Kerjanya mengkaji, menulis dan menaip juga mendengar.  Dia menerima kerja atau 'job' dari pihak lain untuk disiapkan dalam bentuk karangan atau penulisan dan akan bekerja berdasarkan ketetapan masa (deadline) yang klien berikan.

Menulis  dan wang. Apa kaitannya dalam dunia ghostwriting. Bagaimana dua elemen ini boleh bersatu? Ceritakan lebih lanjut Madam B.

Sudah tentu sebaik sahaja kerja siap mengikut kehendak spesifikasi klien, Penulis Upahan akan mendapat ganjaran dalam bentuk wang (biasanya) mengikut perjanjian telah dibuat dan dipersetujui antara Penulis Upahan dan klien.


Dan paling utama, selain perjanjian jumlah wang upah atau deposit yang bakal diterima,  satu perkara mustahak yang WAJIB Ghostwriter patuhi adalah HANYA  nama klien yang muncul / tertera  di muka depan hasil penulisan yang berjaya siap. Bukan nama Penulis Upahan!

[Bagaimana Wanita Bekerja Dari Rumah Sambil Jaga Anak Sambil Jana Wang]

Saya baru sahaja terangkan dari bawah siapa itu Penulis Upahan dan secara asas apa mereka buat dan tanggungjawab mereka agar jelas untuk perhatian anda. Mereka ini boleh dianggap istimewa kerana diberi kelebihan dan 'determination' dalam berfikir dan mampu mengolah sesuatu yang kita tak mampu lakukan ke dalam format yang boleh dibaca seterusnya dinilai pihak lain.

Kita ambil sahaja `resume sebagai satu contoh termudah.  Ia sekeping kertas, boleh jadi perantara yang membolehkan majikan menilai karektor dan kelayakan staf baru yang sedang memohon kerja. Pekerja mesti persembahkan resume terhebat dan memukau untuk tatapan majikan. Dan jika anda 'tak kuasa' melakukannya dengan baik, Penulis Upahan siap sedia hasilkan yang terbaik sebagai pengganti diri anda.

Seorang Ghostwriter akan menerima apa sahaja tugasan dan menerima upah selagi ia melibatkan kerja penulisan. Masih ada yang bertanya contohnya melibatkan apa itu?


Kerjaya Penulisan ✒ di akhirnya memang akan melibatkan artikel, buku, ebuku,  resume, panduan dan dokumen. Inilah produk atau sasaran yang nak dihasilkan.

Antaranya autobiografi, biografi, apa sahaja melibatkan konten, copywriting, manuskrip buku, kertas cadangan syarikat, serta profil syarikat.

Mengemaskini mana-mana media sosial seperti blog, page, website, instagram sama ada untuk individu mahupun syarikat.

Ada Penulis Upahan yang mahir dalam menyediakan storytelling, surat rasmi,  resume kerjaya, dan juga melakukan suntingan (editing). Menariknya di kalangan mereka ada pula yang pakar dalam terjemahan. Biasanya Penulis Upahan jenis ini akan nyatakan dengan jelas mereka boleh melakukan proses translating, transcribing atau transcripting. Ini semua melibatkan audio dan video di mana mereka perlu terjemah menjadi perkataan sebagai berakhir sebagai penulisan.

Dalam entri seterusnya, Madam B telah kongsikan nama-nama penulis upahan terpilih (rakan digital yang saya kenali secara virtual) yang berjaya meletakkan diri sebagai Ghostwriters. Yang mana saya dapati mereka ini begitu komited dalam menguruskan kerja-kerja ghostwriting. Saya percaya dengan skil dan kepakaran mereka yang tersendiri ini semua boleh membantu menguruskan permasalahan anda asalkan masih berlegar dalam cakerawala penulisan.

Sebelum itu saya mohon anda untuk 'Tabik Spring' kerana barisan Ghostwriters yang pertama kali dibongkarkan dalam Blog The Real Madam Bb adalah wanita, majoriti ibu, dan Stay At Home Mother (SAHM).

LOADING... 
.
.
.
.
If That's OK With You,
Madam B

Post a Comment

0 Comments