COVID-19: Lelaki China Memilih Garam Demi Mengelak Jangkitan Wuhan Coronovirus 2003



Masih lagi berkenaan virus misteri yang satu dunia sedang berdepan dengannya. InsyaAllah dalam beberapa entri ini saya akan cuba kongsi mana-mana informasi bermanfaat untuk kita aplikasikan.

Seorang pengguna media sosial yang juga tukang review buku bernama Syed Gaddafi berkongsi mengenai bagaimana lelaki China merupakan Pakar Respiratori pernah terselamat satu ketika dahulu semasa wabak SARS coronovirus 2003.


Dua video berbentuk doa zikir mencegah wabak penyakit berjangkit part 1-2 saya embed untuk dihayati. Pesanan bersama, ingatlah kepada Allah nescaya Allah akan mengingati kita.

Mari kita ikuti apa nasihat lelaki ini dalam perkongsian artikelnya di bawah:
.
.
.

Zhong Nanshan (Seorang Pakar Respiratori China, yang terselamat semasa wabak SARS Coronovirus tahun 2003). Mencadangkan satu kaedah mudah untuk mengelakkan Wuhan Coronovirus Pneumonia:
.

Caranya ialah dengan membilas bahagian dalam tekak dengan air garam. Sebelum pergi ke hospital atau ke tempat awam. Buat perkara yang sama selepas balik ke rumah.
.

Kaedahnya ialah:

1. Sediakan segelas air garam dengan mengacau sesudu garam masakan ke dalam segelas air.

2. Masukkan air garam tadi ke dalam mulut. Kemam dan jangan ditelan.

3. Langgukkan kepala ke atas, biarkan air garam tadi berada di kerongkong seketika.

4. Buka mulut ke atas dan keluarkan udara melalui mulut perlahan-lahan. Dengan membuat bunyi "HAA...". Biarkan gelembung udara melalui kerongkong dan melalui air garam tadi.

5. Ludah dan keluarkan semua air garam tadi selepas beberapa ketika.

6. Ulang kaedah 2-5 sebanyak 3 hingga 5 kali.
.

Biasanya virus atau bakteria yang masuk ke saluran pernafasan akan melekat pada saluran Pharynx dahulu sebelum memasuki paru-paru. Melalukan air garam pada saluran tersebut boleh membunuh dan menyah aktifkan virus tersebut. Seterusnya boleh menghalang jangkitan.
.

Semasa wabak SARS dahulu, saya menggalakkan dan menyuruh pelajar perubatan di bawah seliaan saya melakukan perkara yang sama. Apa yang berlaku, tiada seorang pun dari mereka yang dijangkiti SARS. Malah batuk, selsema dan demam pun tidak.
.

Kaedah ini sangat mudah, efektif dan boleh dilakukan oleh semua orang. Bila disertakan dengan sedikit kesungguhan.

Zhong Nanshan
January 21, 2020

.
Dialihbahasa oleh,
Ash Shafiee

Bermanfaat, terus #share
Insyaa-Allah

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=220636369109878&id=100034905499100

Post a Comment

0 Comments