Hadapi Virus Covid-19 Dengan Duduk Di Rumah Berserta Kalam ALLAH


Assalamualaykum.

Dunia kini seolah-olah di ambang pengakhiran.  Sesuatu sedang berlaku dan tak mampu kita jangka bagaimana penamatnya. Ya, betapa seluruh manusia planet Bumi kini berada dalam ancaman Virus Covid-19. Virus misteri yang tiba-tiba hadir pada tahun angka unik 2020. 


Ini yang selalu saya sebutkan jika anda ikuti dan perasan dalam beberapa blog post sebelum ini. Tahun baru angka cantik! 



Berbalik pada kisah virus misteri ini. 

Sebagai perlindungan dan mengawal sebaran jangkitan ke tahap lebih serius, kini kita rakyat Malaysia diminta berada di rumah masing-masing dan mengawal pergerakan agar tak lagi bebas ke mana-mana seperti dulu. Allahuakbar. 



Sesungguhnya Allah itu Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu. 




Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya.

Maka, sebagai Muslim kita kena senantiasa percaya sentiasa ada rahmat di sebalik musibah.

Umar bin Abdul Aziz berkata, "Tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT., kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpanya dengan sabar, melainkan Allah akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya. "

Let's Start Praying and Healing...




Marilah sama-sama terus memohon perlindungan daripada Tuhan, Allah SWT menerusi doa agar dilindungi penyakit wabak bahaya ini.  Ingatlah bahawa Allah As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar lagi Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.

Doa: "Ya Allah, bantulah kami agar bersatu hati dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini dalam Tempoh 14 hari kritikal ini." 

Allahumma ishfii syiifa'an
Laayughoodiru saqoma

Amin. 



Sedarkah kita. Segalanya berlaku dengan cepat bukan? Sehingga kini ratusan kes sudah berlaku dan menghampiri angka 1000. 


Ada yang menyifatkan virus kali ini boleh diibaratkan sebagai 'tentera' Allah yang sangat halus hinggakan tidak mampu kita kesan dengan panca indera. 



Mengingatkan kita pada salah satu Asma'Nya iatu Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

Wallahualam. 



Doa: Allahumma inni a'uuzu bika minal baroshi wal junuuni wal juzaami wa min sayyi-il asqoom

(HR Abu Dawud)
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, kusta, dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya."

Hafal Please ! Keistimewaan Al-Mulk,  Al-Kahf dan Al-Baqarah Dalam Kehidupan



Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat"
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,

"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Pesanan Nabi SAW!


Saya ada terbaca menerusi  Instagram DAKWAHSENTAP  tentang  salah satu nasihat Baginda Nabi SAW 1400 kini relevan diguna pakai pada Zaman hipster 2020 kini di mana Nabi SAW berpesan... 




Jangan masuk! Jangan keluar!

"Apabila kalian mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) melanda di sesuatu kawasan, maka janganlah kalian masuk ke kawasan tersebut. Namun jika kalian berada di kawasan itu, maka janganlah kalian keluar dari kawasan tersebut. (HR Bukhari)

 



Tawakal menjauhkan kerunsingan, 
Syukur menghapuskan kerunsingan, 
Sabar membasuh kerunsingan,
Manakala, bertaubat membersihkan kerunsingan. - Madam B 
.
.
.
La Tahzan,
Madam B
.
.
.
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.

TELEGRAM https://t.me/sihatmilikbersama

Asma Ul Husna: SHAFIQOLBU WORDPRESS 

Post a Comment

0 Comments