Tell Me One More Time Why Dreams Cannot Be Mine




Rindu ini bukan saja untuk makhluk. YA sungguh... apa yang kita suka dan enjoi alami setiap detik kalau dibiarkan lama  tanpa sentuhan,  akan terbit satu rasa yang hanya kita dan Tuhan saja yang tahu. Rindu!

Lama dibiarkan blog tanpa tulisan. Saya awkward bila satu ketika terlalu ghairah menulis lalu sampai satu ketika ia terhenti tanpa notis. Semua itu berlaku di luar kawalan. Saya bukan tiada masa mahu pun tandus ilham tapi yang sebetulnya deretan peristiwa mendatangi hinggakan terasa beku 'dakwat hati' untuk menulis. Kaku.

Jadi apa khabar pembaca yang pernah ada di sini satu tika dulu. Apa cerita selama kita tak bertemu di sini. Apa kejayaan latest yang kalian gapai.  Apa mungkin ada eksperien terunggul dialami. Segalanya mungkin. Saya harap setiap hari yang lalu, menjadikan kita matang.

De.Wan 1958 by Chef Wan

"I tengah tunggu bos-bos makan. Huhu. Restoren Chef Wan." Mr Joi memberitahu.

"You dah makan ke."tanya Mdm Ray seperti biasa tapi curious.

"Sudah makan. Ada table reserved." Jelas Mr Joi.

Beberapa keping foto diklik lalu terpapar menerusi aplikasi Whatsapp.

"Wow. Kita makan di sini ya one day." pinta Mdm Ray.

"Nak kena kumpul 'pitih'. Mahal tapi sedap gak." makin jujur Mr Joi.

 Tapi semua itu tak membantu kerana ada perkataan 'sedap'di situ. 'Mahal' kita letak tepi. Macam tak biasa abang dengan sayang. Terima kasih Tuhan untuk 5 dekad istimewa.

"Makan sempena apa ini."tanya Mdm Ray mendalam.

"Saja invite dinner. Delegate dari Polis UK." jawab Mr Joi menutup persoalan seterusnya.

Love as always... 

Satu petanda anda direzkikan pasangan kiriman Tuhan yang berkarekteristik cukup sempurna seadanya adalah dia tidak cekap merakam foto-foto cantik kamu di dunia. Tapi dia berkebolehan menyayangi mu sampai ke syurga. InsyaAllah.




Happy Women Days

8 Mac. Tarikh khas bagi meraikan seluruh wanita. Izinkan saya titipkan pesanan. Kita bukan taraf biasa. See our level.

 Muslimah atau bidadari suami di dunia dan akhirat hendaknya. Belajar menjadi wanita solehah. Lagipun Rasulullah saw bersabda.

"Dunia ini perhiasan. Namun sebaik-baik. perhiasan itu tentunya wanita solehah."

Apa lagi yang menjauhkan kita wahai wanita dari bersyukur dilahirkan oleh seorang wanita (ibu) menjadi wanita (diri) ? Seterusnya bakal melahirkan generasi aset Islam (anak).

Percayalah...
Allah tidak akan memisahkan sesuatu yang baik,  melainkan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik (lagi).

Dear Ukhti:
Menasihatimu bukan bererti daku lebih baik, atau lebih taat darimu. Tapi daku berharap kita sama-sama menjadi wanita yang lebih baik kerana diri ini mahu bersahabat denganmu hingga ke JannahNya.


Sebelum itu walau terlewat, tapi masih di bulan Mac izinkan saya ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Wanita pada semua kaum Hawa sedunia yang sentiasa dikasihi Tuhan.

Bersyukur jangan sesekali berhenti,kerana kita tercipta dalam bentuk perempuan makhluk istimewa hak milik Allah Azzawajalla.

Tuhan Memeluk Mimpi Kita


Benar 2020 tahun magikal. Terbukti, ini kisah Saya dan novel tetralogi bestseller satu ketika dulu.

Setelah 13 tahun dalam simpanan baru kali ini, sejak akhir -akhir ini saya tergoda untuk baca semua helaian karangan Andrea Hirata, novelis terhebat Indonesia buat saya kerana hanya karya dia dari seberang sedang 'booming' sekitar 2007.


Apa lagi kalau bukan,  Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor (pronounced:'enzer).


Dalam dua tiga minggu ini saya terkesima dan terbuai dengan kata-kata hikmat Andrea ...

"Bermimpilah kerna Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu."

Apa yang kalian rasa bila baca bait di atas.  Jika tiada rasa itu tanda aras anda boleh jadi bukan bakal penulis novel. Jadi jangan bazirkan masa bermimpi menjadi penulis, jadilah pembaca terlebih dahulu. Ingat pesanan pahit dari saya. Pasti tak kecewa. Kemudian jadilah penulis!

Mahu jadi penulis?

Ikon Membaca KLWBC 2020 sudah berpesan...


"Jika ingin jadi seorang penulis pertama sekali kena membaca,  kedua kena membaca,  ketiga membaca,  keempat membaca dan kelima baru menulis." 
~ Datuk Seri A Samad Said~

Individu Interesting

Seorang rakan media sosial yang datang dari logo huruf singkatan F dan B berkongsi informasi bagus dalam tempoh saya tak berkongsi secara virtualiti. Pesanan baik dari bukan lelaki bernama Ainon Mohd. seorang pakar bahasa dan juga penulis dengan mentaliti bisnes yang saya berani jamin ramai kalangan kita senang menerima tip beraromakan bisnes dan perniagaan darinya.

Bagaimana mahu jadi orang bisnes yang kaya raya? Lupakan. Ada yang lagi penting sebelum jadi kaya. Kita lupa untuk jadi menarik terlebih dahulu sebelum 'khayal' menjadi individu usahawan successful.  Usahakan bagaimana menjadi individu menarik. Apa anda beri itu anda akan dapat. Interesting person!


Ekoran tragedi menguji menimpa saya baru -baru (move on)  ini saya katakan pada diri yang bukan bertaraf selebriti pada individu lain tapi sayalah selebriti untuk diri sendiri.

Sama juga dengan anda. Tidak perlu terpaksa keluar rumah meninggalkan amanah demi menjual perkara terbaik yang anda miliki selama ini.

Cukuplah kalau mampu berada di rumah, berdoa, cipta solusi dan berkarya dari kediaman sendiri.

[KELAS ONLINE MENJADI PENULIS UPAHAN 2020]

Berkarya itu luas cakupannya. Jangan sempitkan setakat menyanyi, berlakon, melukis dan menulis ebook. Berjual beli. Berkongsi. Promosi. Mengasuh. Mengajar Online. Memasak. Menggubah. Membersih, menghibur, hatta apa sahaja verb' yang digemari.

Ini lebih selamat dan teduh dari marabahaya. Menjana pahala. Sebelum menjana pendapatan.

Bagi yang belum kenal 11 wanita gojes berkerjaya Ghostwriter di rumah dan di mana sahaja mereka berada. Jom berkenalan dengan mereka.

[ 11 Gorgeous Ghostwriter Mesti Anda Pilih]

Saya tinggalkan anda dengan Quote di bawah untuk renungan.

"If you are a woman but you have nothing to prove you as a woman then you are not yet a woman. " ~ Madam B



Deep,
Madam B

Post a Comment

0 Comments