Saodah Lasim Ghost Editor-Ghostwriter Yang Bakal Mencantikkan Karya Anda Agar Sedap Dibaca


Editor atau Ghostwriter? Mana satu kita akan jatuh cinta terlebih dahulu. Sama ada anda sedang mencari identiti kedua tapi dalam masa yang sama perlu berada di rumah.

Baiklah, saya tunjukkan panduan menjadi Ghostwriter sebenar mengikut keperluan masa kini?

[Baca: Panduan Menjadi Ghostwriter Kelas Pertama]

Servis dan perkhidmatan: Atau dari sudut solusi yang satu lagi, kita sudah boleh berkenalan dan 'ambil tahu' (get to know) siapakah dia, salah seorang yang berkebolehan dalam 'mencantikkan' karya kita sebelum berjaya diterbitkan.

Soalan saya.

Mahu jadi penyunting atau penulis upahan?

'Gimme Time'

Saya terpaksa tinggalkan pembaca dengan persoalan di atas. Kerana anda mungkin perlukan masa untuk tanya diri. Walau bagaimana pun, jawapan ada pada diri. Bagi orang yang serius mahu jadi salah satu atau keduanya sekaligus.

Observer-in-Me

Pada saya kelebihan seseorang yang boleh mencairkan masalah mesti diviralkan. Dalam erti mudah,  kita menguar-uarkan untuk perkongsian bersama.

Terutama kelebihan segelintir daripada kita yang terbukti 'bisa' memenuhi keperluan impian orang lain.

Memilih untuk bercakap mengenai peranan istimewa penulis upahan. Misalnya, seorang ghostwriter, yang mandatnya menulis bagi pihak lain yang mana namanya sama sekali tidak boleh ada pada naskah sudah siap. Begitulah realiti kehidupan manusia ghostwriter.


[Baca: 11 Ghostwriter Yang Boleh Dipilih]

Ghost editor+Ghostwriter

Kali ini saya mahu introduce someone yang ramai tak sedar penampilannya dalam dunia penulisan. Ada seseorang yang kita boleh hubungi jika memerlukan khidmat penyuntingan sebenarnya.
Dalam pada begitu konsisten mengurus masa dengan aktiviti ghostwrite, beliau yang kini saya dapat tahu menulis bagi laman tzkrh dot com.

[ Baca: Koleksi artikel beliau di sini]

"Sebagai penulis,  Kak Odah pernah menulis novel cinta. Sebagai ghost editor dan ghostwriter. " Saodah Haji Lasim

"Voila!"


Siapakah wanita ini? Penulis? Penyunting?  Yup, kedua-duanya sekali.  Puan Saodah atau kini mesra saya panggil Kak Odah dalam talian merupakan seorang Editor Bebas, Penulis malahan Penulis Upahan (Ghostwriter)!

Mari saya kisahkan sedikit latar belakang beliau yang kini masih aktif menulis dan menyunting karya sesiapa yang mahukan 'sentuhan magisnya' sebelum berakhir di tangan pembaca.

Sebagai penulis nama Saodah Lasim sinonim dengan salah satu kisah Ana Novela bersiri Ana Muslim satu ketika dahulu. Jika anda berkenan mahu miliki novela Islamik sebegini sebagai bahan bacaan remaja awal di rumah, insyaAllah ini pilihan bijak.


Romantic Ghostwriter

"I am convinced she must be a romantic person." Madam B

Beliau pernah menulis novel cinta rupanya. Ya, selaku Ghost Editor dan Ghostwriter.

Antara penglibatan Puan Saodah yang saya dapat tahu daripada beliau sendiri adalah ...

2018... novel cinta. Kemudian novel awal remaja. Semuanya selaku Ghost editor dan Ghostwriter. Mendapat perhatian DBP untuk diterbitkan.

2019...sekali lagi novel cinta juga sebagai Ghost editor dan Ghostwriter.

2020...masih lagi novel cinta remaja sebagai Ghost Editor dan Ghostwriter. Terbaru? Beliau ada terlibat dengan novel kisah hidup pula. Kekal dengan peranan Ghost Editor dan Ghostwriter.

Dua Ke Tiga Buku Penglibatan Saodah Lasim Mesti Kita Baca Kerana...

Saya masih ingat beliau titipkan begini pada baru baru ini.

"InsyaAllah tulisan akak seronok dibaca." 

Ini adalah antara buah tangan yang berjaya dikarang dan dikongsikan Kak Odah bagi tatapan peminat buku.

Anda boleh dapatkan info mana -mana buku secara terus daripada beliau sendiri menerusi talian di bawah.







'Valet Cinta' Mengandungi Salah Satu Cerpen Tulisan Saodah Lasim... 



... "Berapa saya kena bayar untuk parkir di hati awak."

Antalogi memuatkan 20 cerpen bertemakan 'Cinta Islamik' yang manis-manis lagi menyentuh sanubari. Dengan barisan penulis: Yana Arissa, Ally L,  M. S Rindu,  Iskandar, Amir Roza, Saodah Lasim dan ramai lagi.


Pesanan Puan Ghostwriter Editor Merangkap Ghostwriter

Tinggalkanlah sesuatu dan tinggalkanlah tulisan anda untuk tatapan generasi akan datang.

Anda ingin menulis kerana anda ingin berkongsi ilmu, pengetahuan, pengalaman, idea dan lain-lain dengan masyarakat tapi:
➡️Tidak ada masa nak menyusun idea.
➡️Tidak ada masa nak mengolah idea.
➡️Idea ada tapi masalah nak mengarang.
➡️Ayat ada tapi tidak tahu nak mengatur penulisan.

Dapatkan bantuan penulis upahan untuk penulisan seperti kisah hidup (biografi, auto biografi), rencana, himpunan kata-kata motivasi, panduan hidup, pengalaman yang tidak ternilai, ceramah, anekdot dan lain-lain.

Ketahuilah, buku yang ditulis mengikut tatacara yang betul, akan disimpan di perpustakaan negara sebagai koleksi Malaysia dan boleh dibaca oleh generasi akan datang.

Di sini saya ingin menawarkan perkhidmatan menulis, buku anda, nama anda, karya anda, bermula daripada naskah / bahan mentah milik anda hinggalah menjadi sebuah manuskrip yang sesuai untuk diterbitkan atau sehingga menjadi buku fizikal.

Saodah Hj Lasim - sudah melakukan kerja-kerja penyuntingan fiksyen dan non-fiksyen, terjemahan (English > BM, Bahasa Indonesia >  BM), penulisan novel kanak-kanak juga rencana sejak 2011.

017-3347293

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158074521804264&id=667679263

Source Instagram humasulaimandesign
Kredit: Facebook Saodah Haji Lasim
.
.
.
What makes you different makes you beautiful,
Madam B

Post a Comment

0 Comments