Sekolah Penulisan Ramadan Dengan Tema 'Menulis Biar Sampai Menjadi'


Persatuan Gerakan Penulis Malaysia MyMove akan menganjurkan Sekolah Penulisan Ramadan.

Topik besar kuliah merentasi hal membentuk diri sebagai penulis, panduan penulisan, seni penerbitan dan cara memasarkan menggunakan modal diri dan apa ada dalam tangan.

Kelas akan bermula dari 8 Mei sehingga 23 Mei 2020. Mereka yang berkata akan turun padang dan memberikan panduan praktikal kepada anda adalah...

Senarai panel yang akan muncul satu hari satu topik adalah:-

Tuan Bahruddin Bekri bercakap mengenai Siap untuk menulis, menulis untuk siap.

Puan Mahanom Mohammad berkongsi panduan menulis buku untuk membesarkan bisnes sendiri.

Cik Puan Azzah Abdul Rahman membentangkan cara membina asas kerangka novel menggunakan teknik surah Yusuf.

Tuan Izwan Wahab bercakap mengenai membina nilai buku dan diri yang dimahukan oleh pembaca.

Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof bercakap mengenai seni memetik ayat Quran dan Hadis untuk penulisan.

Tuan Ali Imran berkongsi dua topik, berfikir dan menjejak maklumat seperti seorang wartawan. Topik kedua, menarik perhatian portal akhbar dan televisyen melalui kit media.

Puan Mazniza Mohd Nor bercakap dalam dua topik, berfikir dan bekerja seperti seorang editor. Seterusnya, menyunting karya sendiri agar sedap dibaca.

Puan Sayidah Mu'izzah berkongsi cara menghasilkan zine sebagai bahan terbitan bersama buku dan ebook.

Tuan Mohd Zaidi Ismail menunjukkan cara bekerja dan membuat kajian dalam menghasilkan kulit buku yang memukau pembaca.

Cik Nur Aliah Mohd Nor menceritakan teknik membina magnet diri melalui media sosial dari kosong ke 80,000 Followers.

Tuan Sayed Munawar mendedahkan cara Reset! 'Menjadikan Diri Sebagai Penulis Baharu Yang Dipercayai dan Dapat Mempengaruhi'.

Puan Iera Yusoff memberitahu seni berunding dengan klien untuk projek ghostwriter.

Tuan Hafiz Latiff berkongsi kaedah menerbitkan buku sendiri.

Tuan Azree Hanifiah membentangkan asas menghasilkan website untuk mencipta jualan ke atas buku sendiri.

Tuan Yusry Yusopp menunjukkan merancang Business Model Canvas (BMC) dan Value Proposition untuk Penulis Baharu.

Zamri Mohamad pula akan bercakap mengenai menulis menggunakan formula alam. Topik kedua, menulis kali pertama menggunakan empat kuadran diri.

Senarai ini akan bertambah, Insya-Allah.

Yuran yang ditetapkan oleh persatuan untuk 18 topik sepanjang 15 hari ini adalah RM99 sahaja. Jika mahu bertemu setiap seorang, coaching mereka pun sudah beratus ringgit sejam. Pilihan ini sesuai kepada saudara.

Laman web pendaftaran sedang disediakan. Bagi memudahkan saudara, boleh isikan borang pemakluman dalam pada link di bawah.


Menulis Biar Sampai Menjadi!

Source

Post a Comment

0 Comments