Berjanjilah Yang Anda Akan Menulis Untuk Bahagia!



Kuliah online bagi kluster penulisan melabuhkan tirai semalam. Hari ini akan bermula perkongsian di bawah kluster penerbitan pula.


Secara peribadinya,  saya dapati kuliah online ini tercipta istimewa untuk anda sesiapa sahaja di luar sana yang ada impian mahukan nama sendiri/nama pena berada di kaver depan buku. 

Hampir tidak percaya tapi apakan daya kerana itulah realiti apabila angka terkini 'pelajar' atau mereka yang berada dalam Sekolah Penulisan Ramadan kali ini cecah 2K! Ramai sungguh yang mahu jadi penulis dan penulis sedia ada yang masih mahu gali ilmu yang melimpah ruah. 

Seramai 26 orang panel dan pengamal begitu pakar dalam bidang mereka 'turun padang' semata-mata mahu perturunkan ilmu mereka demi orang lain yang masih belum tercapai cita-cita memegang buku sendiri di tangan. 

Percayalah dengan ketentuan Tuhan bahawa panel terhebat ini telah pun ditakdirkan akan berada 15 hari di sana bermula 8-23 Mei 2020 kemungkinan besar hasil doa-doa anda selama ini mahu berguru serentak dalam dunia penulisan, penerbitan dan pemasaran. Sekaligus!

Sungguh,   nikmat yang mana lagi kita mahu dustakan? 

Anggaplah ini 'destiny' terindah yang sukar ditemui jika serius mahu keluarkan segala perkataan dan ayat-ayat yang tersimpan dalam minda di atas kertas seterusnya dicetak.

Dengarkan semua video rakaman panel. Jika terlepas dan tiada masa, boleh kembali dan dengar semula, tulis apa saja yang berguna bagi rujukan sendiri kerana kesemua kuliah akan dapat kita akses selama 11 bulan lamanya. 

Jumpa panel terhebat lagi berpengalaman dalam lapangan yang sudah lama anda mahu dalami di Virtual Summit Sekolah Penulisan Ramadan 2020 hari ini juga!

Berjanjilah dengan diri yang anda akan menulis untuk merasa bahagia. Berjanjilah! 

"Buku dengan isi lain dari yang lain tidak tertulis dengan sendirinya. Ia mesti ditulis." -Madam B

Be there! 

#sekolahpenulisanramadan
#therealmadambb
#penulis
#ghostwriter

Post a Comment

0 Comments