Day 1 VSSPR: Penulis Memimpin Tema-Tema Perubahan

Virtual Summit Sekolah Penulisan Ramadan ini bukan sahaja diikuti oleh rakyat Malaysia di tanahair sendiri, ia turut diikuti oleh rakyat Malaysia yang berada di negara dan lokasi berikut.

Mesir,Arab Saudi (Mekah, Al Jubail),Qatar
Bahrain,Turki ,Singapura
United Kingdom,Jepun ,Bahrain, Austria, Thailand, Myanmar, China, Kanada dan juga Brunei setakat ini.

Saya percaya bilangan peserta dari dalam negara dan luar negara akan bertambah. Anda bila lagi? Jangan biarkan bisikan syaitan berbentuk was-was menghancurkan impian anda mahu jadi penulis sebenar yang ada nilai tinggi. 

Tentunya sahabat kita di sana sedang mengikuti berdasarkan zon masa negara masing-masing. Didoakan kita semua akan memperoleh 'benefit'dari perkongsian hebat kesemua panel. Dan satu hari nanti berjaya tampil bersama naskah tersendiri. Biiznillah.

Anda yang sedang baca ini boleh sertai dan dengar sendiri setiap tutur kata mereka dalam rakaman video yang boleh diulang semula dengan klik https://bit.ly/VirtualSPR2020

Topik Ucaptama oleh Tuan Naim pada hari pertama sebagai pembukaan dengan topik agak vital dan signifikan perlu bakal penulis buku fahamkan. Penulis mampu bertindak dan memimpin tema-tema ke arah perubahan.

Menjadi penulis anda tak dapat elak dari berani berimpian. Saksikan bagaimana beliau mula pasang impian di usia 15 dan sukses menulis dan menerbit buku di usia 23. Minat dan usaha seperti mula mendekati bahan bacaan seperti buku dan majalah membuatkan beliau punya banyak idea baru. Daripada situlah timbul keyakinan beliau percaya dapat pergi jauh sebagai penulis. Sehinggalah takdir menemukan beliau dengan Puan Ainon Mohd. dan ramalan positif wanita yang pakar dalam ilmu penulisan dan penerbitan menjadikan siapa beliau hari ini.

"Tuan Naim jika mulai berusaha dari sekarang, anda akan berjaya terbitkan buku pertama sebelum tamat belajar. " -Ainon Mohd.

Sejak dari situ, beliau mencari idea dan tema sesuai. Ya, sangat nostalgia bagi beliau namun begitulah segalanya bermula. Dengan impian!

"Permulaan jadi penulis kita kena hadapi ketakutan kita. "- Naim Jaafar

Topik ini disampaikan oleh Tuan Zamri Mohamad tentang cara menulis dengan teknik kuadran diri.  

Bersama Tuan Zamri, bakal penulis berpeluang belajar cara penulisan teknik 'Kuadran Modal Diri'.  Bagaimana kita gunakan asas yang ada pada diri bagi hasilkan penulisan persuasif dan relevan dalam mendekati pembaca yang mahukan karya yang mampu bertahan lama. Evergreen! 

Ya, kita bermula dengan apa ada di tangan iaitu sesuatu yang sudah pun kita miliki dan 'experiencing' dari mula lagi tapi kita mungkin tak sedar kewujudan potensi tersebut. Tahukah anda potensi yang ada dalam diri layak kita tukarkan menjadi sebuah buku, ebook mahu pun penulisan di media sosial. 

Kita akan tahu dan belajar cara untuk jadi peka atau 'alert' dengan apa yang kita miliki selama ini dan sedaya upaya jadikan ia sebagai bahan untuk mewujudkan penulisan yang mampu kita pegang dengan tangan. 

"Selain create kita sebagai penulis bertindak sebagai curator." Zamri Mohamad.

Apa tugas curator? 
Penulis yang berkebolehan mengurus lambakan maklumat menjadi sesuatu yang baru. 

Tip menarik boleh kita ambil pengajaran, adalah banyakkan mendengar berbanding bercakap.

Topik mengenai cara atasi ketakutan dalam melahirkan karya pertama disampaikan Dr. Tiny

Topik tentang punchline dan Tuan Fazla bercerita pada kita cara nak cipta punchline dalam penulisan. 


Come and join us at

Post a Comment

0 Comments