Jangan Takut Menulis Pada Saat Menghadapi Norma Baharu



Assalamualaikum. Hai dan apa khabar semua. Tahniah kepada semua pelajar merangkap peserta yang memenuhi Virtual Summit Sekolah Penulisan Ramadan 2020.

Hari ini sudah masuk hari kedua. Saya dapat tahu ramai yang seronok sepanjang mengikuti kuliah dan video perkongsian ilmu dan pengalaman panel secara online di lokasi masing-masing. Alhamdulillah.

Di bawah, kami kongsikan kembali satu hantaran menarik panel popular yang terdapat di Facebook Puan Mahanom.
.
.
.

Lelaki ini memang luar biasa sifat dan iltizamnya.

Beliau melepaskan desakan dunia untuk dirinya sendiri dengan tidak bekerja makan gaji atas dasar percaya bahawa beliau perlu menyumbang sesuatu demi memandaikan bangsa.

Beliau bekerja gila-gila bersungguh demi membangunkan komuniti penulis, demi meneruskan kelangsungan budaya membaca dengan melahirkan penulis-penulis bahan bacaan yang bermanfaat.

Virtual Summit Sekolah Penulisan Ramadan, beliau berhasil mencari ruang dan peluang untuk memberi nilai tambah kepada kumpulan penulis juga kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia penulisan.

▶️ Bagi yang mahu menjadi penulis, beliau sediakan topik kuliah bagaimana mereka boleh bermula dengan menggunakan asas kuadran diri juga mengatasi ketakutan dan pilih untuk tulis genre fiksyen atau bukan fiksyen.

▶️ Bagi penulis yang sudah ada buku, beliau menyediakan topik kuliah pilihan penerbitan juga bagaimana mahu terbitkan buku sendiri dan mencari dana untuk terbitkan buku.

▶️ Beliau juga sediakan topik pemasaran supaya penulis berfikir jauh tentang dunia pembukuan dan penulisan.

▶️ Beliau panggil editor, designer juga penerbit untuk membentangkan topik berkaitan supaya penulis boleh tahu bagaimana tugas selepas manuskrip mentah siap. Penulis juga berpeluang mengenali kumpulan editor dan designer.

▶️ Bukan itu sahaja, beliau mencari panel yang membuka mata penulis untuk melihat sudut penulisan ini daripada kaca mata usahawan, dan bagaimana untuk membuat lebih keuntungan selain daripada menjadi penulis buku iaitu sebagai penulis konten pemasaran dan penulis siluman (Ghostwriters).

▶️ Beliau juga mahu penulis berfikir seperti wartawan menggali maklumat dan menghasilkan penulisan yang bersifat antarabangsa.

Banyak lagi!
Banyak lagi topik kuliah yang beliau mahu sumbat ke dalam minda penulis supaya mahir dalam bidang penulisan, penerbitan dan pemasaran.

Boleh sahaja bermula dengan kosong, masukkan ilmu dan bertindak untuk terbang jauh merentas negara dan masa.

Beliau, Tuan Zamri Mohamad, Presiden Persatuan Gerakan Penulis Malaysia (MyMove) sudah kuyu matanya mengumpulkan video kesemua 26 panel untuk Sekolah Penulisan Ramadan yang bakal berlangsung 2 hari lagi bermula 8 Mei sehingga 23 Mei 2020.

Dan beliaulah yang bersungguh mengumpul video kesemua panel dan disusun mengikut jadual kuliah yang ditetapkan.

Ketika semua panel selesai tugasan hantar video kuliah, panel tidur lena, beliau tidak tidur-tidur lagi demi menyiapkan dan memperkemaskan jadual kuliah untuk SPR ini.
.
Sampai berat benar matanya mahu buka mengadap komputer dan adakalanya tertidur di hadapan komputer!

Dan beliau juga akan membuat Pembentangan pertama hari ini pukul 11:00 pagi di Virtual Submit Sekolah Penulisan Ramadan dengan tajuk 'Menulis Buku Menggunakan 4 Kuadran Modal Diri'.

Entahlah.
Dia ni memang gila bersemangat orangnya.
26 panel dengan yuran sembilan puluh sembilan ringgit Malaysia.

Memang tamak pahala ramadan sungguh!

Source

Jangan tunggu lama lama... Nanti lama lama... Harga dinaik orang!!!

Be there!!!

Post a Comment

0 Comments