[VIDEO PART 1] 20 Iklan Raya 2020 Sarat Mesej 'PADU' Sempena PKP. Yang Terakhir Paling 'Touching'!


By Madam B

Empat hari saja lagi umat Islam bakal menyambut Syawal yang hampir menjelang. Ini bermakna umat Islam akan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam tempoh kurang seminggu dalam suasana 'special' iaitu 'Penjarakan Sosial' atau 'Sosial Distancing'. Madam B percaya pasti ramai yang mula enjoi dan seronok bekerja di rumah buat masa ini. Apa tidaknya, selain penjimatan secara tak langsung kita mempunyai lebih masa bersama anak-anak dan famili. 


Bagi yang masih tercari-cari apa aktiviti boleh di buat berikutan terlalu banyak masa berada di rumah, boleh dapatkan ilmu menulis di Virtual Summit Sekolah Penulisan Ramadan. Masih sempat lagi kerana akses kuliah online sehingga tahun hadapan. 


Berbalik pada kisah Syawal yang bakal dirai


Apalah ertinya Raya jika tidak dapat bersua muka dan bermaafan antara satu sama lain. 2020 boleh jadi tahun paling bermakna buat kita kerana wajib meraikan Hari Raya di kediaman masing-masing. Apa tidaknya kita tidak boleh berkunjung ke rumah saudara mara, rakan taulan mahu pun jiran sebelah rumah seperti biasa. Sama-sama kita doakan agar Covid-19 akan meninggalkan kita semua secepat mungkin. #byebyecovid19

Lupakan seketika cabaran dalam mengharungi PKP kerana kali ini Madam B teruja nak kongsikan video iklan Raya khas bagi tontonan pengikut setia The Real Madam Bb.

Kelakar, teruja, penuh kesyukuran, sedih, dan paling penting ada mesej 'padu' yang mahu disampaikan kepada penonton sempena Raya PKP tahun ini.  Dah sedia ke belum? Apa lagi jom kita tonton sama-sama.


IKLAN RAYA 2020 | #Stayathome

Kisah Ica, abangnya dan papa mereka yang terpaksa beraya di rumah. Dalam video ini Ica dilihat sebagai budak perempuan bijak yang sering bercakap dalam hati dan banyak bertanyakan papa kelainan suasana Raya. Namun Ica tetap bersyukur kerana papa selalu ada di rumah sepanjang PKP. Ikuti telatah comel Ica serta abangnya dan kenapa Ica menangis?


ASTRO | Animasi Cerita Raya Adik Non

Kisah Dik Non kalau jadi super hero nak tolong orang dalam kesusahan. 

 

WATSONS |  Anak Bulan Kena Kuarantin?

Siti risau kerana sambutan Raya tidak seperti tahun lalu. Mujur ada Kak Ayda yang sudi pujuk adik Siti. Kak Ayda dah beli barang mekap online. Siti pun nak beli biskut Raya online jugalah.
Kita tetap akan sambut bersama walaupun berjauhan.
Rayakan? S. M. i. l. e ☺

 

  ETIQA | Dunia Baru

Mesej padu khas bagi pengantin baru nikah dalam tempoh PKP. Dalam banyak nasihat mereka berikan, tak semua baik untuk kita jadikan teladan. Haa kecuali nasihat nenda ni terbaiklah... 
Ingat mula-mula kahwin, 
Kemudian berkasih kasih, 
Esok esok sayang menyayangi, 
InsyaAllah bahagia! 

Nasihat terbaik pastiya datang dari hati yang ikhlas.



USIM | Raya Online


Video yang kini trending berjaya meraih puluhan ribu tontonan netizen ini diterbitkan Pusat Komunikasi Strategik USIM dengan kolaborasi bersama mahasiswa USIM. Ikuti kisah Aydeen dari Kota Marudu kononnya tak dapat balik beraya di kampung akibat terkandas sewaktu PKP. Betul ke ni? Memang Raya tahun ini lain sikit bah... Nak tahu apa yang lain? Jom saksikan! Source 



CTY MARY | Ragam Bini Di Hari Raya


Samad suami yang 'cool' mengambil keputusan beraya sahaja di kampung halaman isterinya lagi pada tahun ini. Ikuti perjalanan balik kampung dengan kereta sendiri dan perbualan 'melucukan' buat kita namun stres bagi Samad.

Bila Raya tiba, get ready para suami. Macam-macam ragam akan muncul dari para isteri. Haish... Sabar jelah. Geram geram juga tapi kan sape tak sayang bini.

Bukankah sebaik-baik orang itu orang yang baik pada isi rumahnya.


PETRONAS | Antara Dua Jendela

Tak tahulah kenapa tapi setahun sekali katanya,  Mak Teh suka minta gula dengan Pak Tam, jiran tunggalnya yang satu. Tiba 2020 segalanya berubah 360. Tiada lagi 'gathering' dan suasana 'happening' di laman rumah. Malam Raya yang sunyi, Pak Tam ambil keputusan untuk .... . 
Tonton sampai habis baru tahu!

 

TNB | #Semangat Raya Epik Fantastik

Jero si kucing fantastik pandai bermain piona dan 'berkata-kata'. 
Eh eh... Satu je Jero nak cakap... 
Korang memang ohchem. 
Tonton jangan tak tonton tau. Muzik latar yang best. Serius epik.  Fantastiklah! 

 

RHB | Hikmah

Video ini mengajak penonton fikir-fikirkan bersama. Kini kita sedar bukan kebendaan yang menjanjikan kebahagiaan. Jika dulu kita selalu berjauhan namun kali ini adalah peluang kita bersama-sama mereka yang bukan mudah kita jumpa. Syawal kali ini bukan saja berbeza bahkan ia banyak mengajar kita erti sesuatu yang tak pernah kita fahami sebelum ini. 



ADABI | #AdabiRayaTetapRaya

Kisah Along, Angah dan Adik yang 'serabut' dengan bebelan ibu mereka yang obses persiapan Raya. Rendang Along hangus? Angah sibuk layan apa sampai lupa anyam ketupat dan apa tugas Adik sebagai anak lelaki sebelum Raya. Sangat mencuit hati. Layan saja.



Apa pun jua keadaan, walau nikmat beraya bersama tak kesampaian, kebersamaan jangan dilupakan.

MIOS KITCHEN | Apa Masalahnya Sambut Raya Di KL?

Kisah keluarga Imran yang dapat 'escape' kesesakkan trafik ketika Raya dengan menaiki 'kereta terbang'. Sampai sahaja di rumah, tetamu ramai nak datang. Sempat ke mereka masak? Tetamu makan apa? Rupanya ada rahsia. Kena tonton habis baru dapat makan. Hihi. 


KASUT YOU | Kasut!

Kisah Ilyas pemuda gemuk, tiba-tiba sentap lalu terbayangkan waktu zaman belajar dia pernah diejek rakan kerana hanya mampu pakai kasut 'Limited Edition' pembelian bapaknya.
Pesan bapak:

Jangan malu dengan apa yang kita miliki...
Tapi...
Malulah dengan... ... 


Tonton sampai habis, mesej padu beb! 



OPPO | Pertunangan Dibatalkan

Bukan semua yang dirancang menjadi kenyataan. Kita juga sedih bila berjauhan dengan yang tersayang. Tapi percayalah, jarak tidak memisahkan kita. Jangan sesekali putuskan ikatan kasih sayang dan gunakan teknologi sebaik mungkin.

Kuarantin bukan pemutus kasih sayang antara kita.



VIVO | Raya Style Lain

Persiapan Raya kena ikut standard nenek.  Kadang-kadang bila tepung habis, Tart Nenas Roti Bakar pun boleh jadi. Pasang lampu raya pun ada rentak...  Tak sangka nenek pun pandai buat jokes guna lagu 'ke sana ke sini ke sana ke sini'. Cayalah nek!




MAXIS  | Suasana Syawal Sempurna (Audio 8D)

Paling berbeza kerana hanya suara yang dipertontonkan. Selamat mendengar!



TM Ramadan & Syawal 2020

Video keseluruhan sungguh berbeza. TM memaparkan foto dan momen sebagai tatapan bersama betapa besarnya pengorbanan frontliners sepanjang PKP. Secara tak langsung mengajak kita berurusan secara digital dalam pembayaran zakat dan sebagainya.  Segalanya hiba. Apa-apa pun TM sentiasa bersama kita.




IKLAN RAYA 2020 | New Normal

Apabila si ibu sukar terima kenyataan anak-anak tidak dapat pulang seperti selalu. Tak sampai hati lihat ibu bersedih. Rupanya mereka adik-beradik sudah ada 'plan baik punya' untuk dipersembahkan pada ibu tersayang. Apakah inisiatif mereka sempena "New Normal" di pagi Syawal? Paling win,  reaksi ibu bila si anak mahu bersalam mohon ampun dan maaf. Boleh tahan sebak dibuatnya.

Jauh Di Mata, Dekat Di Hati!





IKLAN RAYA 2020 PKP | "Pulang"

"Tahun ini patutnya meriah.
Tahun ini patutnya dah cukup bersedia untuk pulang bersama keluarga."
Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang kerana Tuhan menentukan segalanya. Video sentimental dengan paparan sudut pemandangan indah dari kota hinggalah ke desa.

Yang pasti...Tahun ini kita semua adalah sama. Tidak banyak beza.



SAJI | Kuah Kacang Ibu

Raya tak lengkap tanpa kuah kacang dan nasi impit. Ibu pesan kalau nak buat kuah kacang kena ikhlas. Cili pun kena cantik. Nak tahu rahsia #KuahKacangIbu? Haa...dengar pesanan ibu.

Ps. Minyak pun kena betul!




DAG | Surat Mak Di Pagi Raya

Hari Raya tanpa yang tersayang. Bagaimana kita mengharunginya dengan normal baharu yang tiba-tiba hadir tanpa diundang.

Kisah seorang lelaki yang terpaksa berhari raya seorang diri di rumah disebabkan isteri terkandas di kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Namun kebiasaan Haris pada setiap tahun adalah membuka surat dari ibunya di pagi raya.

Nak tahu apa konten surat ibu Haris? Siapa 'hati tisu'kat sini... bersedialah dengan kotak tisu! 



PS: Kompilasi Iklan Raya 2020 Versi Part 2

Source: YouTube

Post a Comment

0 Comments